Perkhidmatan Kesihatan Pelajar adalah merupakan satu perkhidmatan kesihatan yang disediakan kepada pelajar UiTM. Ia juga dikenali sebagai Unit Kesihatan Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Unit Kesihatan ini mula beroperasi di 2 unit rumah banglo berkembar yang terletak diantara Kolej Kediaman Pelajar Rafflesia dan Kolej Kediaman Pelajar Angsana di Kampus Puncak Alam pada Julai 2009 bagi menampung bilangan pelajar di dalam dan luar kampus. Pada pertengahan tahun 2014, satu Unit Kesihatan lagi di bawah pembangunan projek PF1 dijangkakan akan siap untuk menampung pertambahan bilangan pelajar. Semasa ini Unit Kesihatan di ketuai oleh seorang Pegawai Perubatan UD54 dibantu oleh 12 orang staf sokongan. Staf sokongan di Unit Kesihatan adalah seperti berikut Penolong Pegawai Perubatan U29 - 2 orang Jururawat U29 - 2 orang Penolong Pegawai Farmasi U29 - 1 orang Juruteknologi Makmal Perubatan U29 - 1 orang Jururawat Masyarakat U19 - 1 orang Pembantu Perawatan Kesihatan U11 - 1 orang Pembantu Operasi (Pemandu Ambulan) H11 - 2 orang Kesemua staf sokongan ini merupakan aset penting dan teras kekuatan Unit Kesihatan UiTM Kampus Puncak Alam dalam memberi rawatan kepada para pelanggan.
KEMUDAHAN PERKHIDMATAN
1) Perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar berserta khidmat nasihat kesihatan sepanjang waktu pejabat. 2) Perkhidmatan Rawatan Kecemasan pada bila-bila masa sepanjang berada di kawasan Kampus Puncak Alam. 3) Perkhidmatan Ujian Makmal seperti ujian darah dan air kencing. 4) Perkhidmatan Ambulan kepada pelanggan terutama bagi kes-kes kecemasan, rawatan susulan / rujukan di klinik / Hospital kerajaan dan kemudahan ` standby’ dalam acara rasmi seperti carnival sukan. 5) Perkhidmatan Wad Sementara ( Sickbay ) bagi merawat kes-kes kecemasan yang memerlukan pemerhatian lanjutan semasa rawatan diberikan dan persediaan sebelum pesakit dihantar ke hospital. 6) Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan bagi program ko-kurikulum pelajar. 7) Perkhidmatan Bantuan Perlindungan Perubatan ( medical Cover ) dalam acara rasmi UiTM Kampus Puncak Alam yang berisiko tinggi. 8) Perkhidmatan Pinjaman Peti Pertolongan Cemas ( first aid box ) dan Peralatan Alat Sokongan Kecederaan bagi yang memerlukan. 9) Perkhidmatan Pemeriksaan Permis Makanan bagi semua gerai makanan di dalam kampus secara berkala dengan kerjasama dari Pegawai Kesihatan dan Persekitaran, Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam. 10)Perkhidmatan Ceramah / Taklimat Kesihatan kepada warga UiTM yang memerlukan.
Thursday 19 November 2015
Buletin Topaz-Majlis Perpisahan
Majlis perpisahan staf Unit Kesihatan Dengkil diadakan pada 18/11/2015....majlis dihadiri oleh semua staf UKES di RestorenDe'Chiengmai Thai, Sungai Buloh....3staf dari UKES akan berpindah ke Unit Kesihatan Dengkil pada 26/11/2015.
No comments:
Post a Comment