UNIT KESIHATAN UITM KAMPUS PUNCAK ALAM

Pengenalan

Perkhidmatan Kesihatan Pelajar adalah merupakan satu perkhidmatan kesihatan yang disediakan kepada pelajar UiTM. Ia juga dikenali sebagai Unit Kesihatan Bahagian Hal Ehwal Pelajar.
Unit Kesihatan ini mula beroperasi di 2 unit rumah banglo berkembar yang terletak diantara Kolej Kediaman Pelajar Rafflesia dan Kolej Kediaman Pelajar Angsana di Kampus Puncak Alam pada Julai 2009 bagi menampung bilangan pelajar di dalam dan luar kampus. Pada pertengahan tahun 2014, satu Unit Kesihatan lagi di bawah pembangunan projek PF1 dijangkakan akan siap untuk menampung pertambahan bilangan pelajar.
Semasa ini Unit Kesihatan di ketuai oleh seorang Pegawai Perubatan UD54 dibantu oleh 12 orang staf sokongan. Staf sokongan di Unit Kesihatan adalah seperti berikut
Penolong Pegawai Perubatan U29 - 2 orang
Jururawat U29 - 2 orang
Penolong Pegawai Farmasi U29 - 1 orang
Juruteknologi Makmal Perubatan U29 - 1 orang
Jururawat Masyarakat U19 - 1 orang
Pembantu Perawatan Kesihatan U11 - 1 orang
Pembantu Operasi (Pemandu Ambulan) H11 - 2 orang
Kesemua staf sokongan ini merupakan aset penting dan teras kekuatan Unit Kesihatan UiTM Kampus Puncak Alam dalam memberi rawatan kepada para pelanggan.


KEMUDAHAN PERKHIDMATAN

1) Perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar berserta khidmat nasihat kesihatan sepanjang
waktu pejabat.
2) Perkhidmatan Rawatan Kecemasan pada bila-bila masa sepanjang berada di kawasan
Kampus Puncak Alam.
3) Perkhidmatan Ujian Makmal seperti ujian darah dan air kencing.
4) Perkhidmatan Ambulan kepada pelanggan terutama bagi kes-kes kecemasan,
rawatan susulan / rujukan di klinik / Hospital kerajaan dan kemudahan ` standby’
dalam acara rasmi seperti carnival sukan.
5) Perkhidmatan Wad Sementara ( Sickbay ) bagi merawat kes-kes kecemasan yang
memerlukan pemerhatian lanjutan semasa rawatan diberikan dan persediaan sebelum
pesakit dihantar ke hospital.
6) Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan bagi program ko-kurikulum pelajar.
7) Perkhidmatan Bantuan Perlindungan Perubatan ( medical Cover ) dalam acara rasmi
UiTM Kampus Puncak Alam yang berisiko tinggi.
8) Perkhidmatan Pinjaman Peti Pertolongan Cemas ( first aid box ) dan Peralatan Alat
Sokongan Kecederaan bagi yang memerlukan.
9) Perkhidmatan Pemeriksaan Permis Makanan bagi semua gerai makanan di dalam
kampus secara berkala dengan kerjasama dari Pegawai Kesihatan dan Persekitaran,
Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam.
10)Perkhidmatan Ceramah / Taklimat Kesihatan kepada warga UiTM yang memerlukan.


AKTIVITI QE/5S - BULETIN



BULETIN KLINIK


Pada 18.11.2016 aktiviti khidmat masyarakat bersama keluarga rohingya di Masjid Muiinulislam di Meru  Klang dianjurkan oleh Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM Selangor. Seramai lebih kurang 60 anak-anak Rohingya yang belajar di masjid tersebut. Seramai 3 orang petugas daripada klinik keshatan memantau tahap kesihatan anak-anak Rohingya.





----------------------------------------------------------------------------------------



Aktiviti khidmat masyarakat yang telah dilakukan oleh unit kesihatan pada awal tahun 2015. Membantu mangsa pasca banjir di Kelantan iaitu di daerah Kuala Krai. Kelantan yang` mengalami banjir yang teruk pada Disember 2014.Unit Kesihatan bersama ahli sukeralawan dari UiTM Shah Alam. Staf dari klinik seramai 5 orang di ketuai oleh Ketua Unit  kami Dr Wan Rafidah Zawani Wan Ali dah staf lain Pn Razimah Ghani. Pn Belkiszahlila Dahlan.Pn Mazianah Mustaffa dan En Nazri Khalid. Kerja-kerja pembersihan dilakukan di kawasan sekolah dan masjid. Khidmatan kesihatan juga dilakukan dari rumah ke rumah untuk memantau tahap kesihatan penduduk setempat.



















Mesyuarat 5's diadakan diklinik di pengerusikan oleh Dr Wan Rafidah Zawani









@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@



Sambutan Pra Ramadhan dan bacaan tahlil  pada 15 Jun 2015 di Unit Kesihatan UiTM Kampus Puncak Alam .













#############################################################



Jamuan Hari Raya anjuran Pejabat Penolong Naib Canselor UiTM Kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana di adakan pada 8 Ogos 2015 di Dewan Serbaguna PFI .



























                        @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@




Sambutan Hari Jururawat diperingkat Klinik Kesihatan . Diraikan bersama Ketua Unit kami Dr Wan Rafidah Zawani . Sambutan hari jururawat disambut setiap tahun diklinik kami...Terima kasih kepada semua yang menjayakan  ini ...






Bergambar kenangan-kenangan bersama semua jururawat2  diUKES....tahun depan potong kek lagi...Insha Allah..


                                                    Acara  potong kek bersama bos kami.



                    @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@



Pada 16/11/2015 lawatan daripada pihak Pengurusan Tertinggi QE/5's ke  Unit Kesihatan UiTM Selangor...Lawatan  untuk memastikan perlaksanaan QE/5's berjalan dengan lancar di sini....Lawatan ini juga menyuntik semangat untuk kami semua..












                      @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@



Majlis perpisahan staf Unit Kesihatan Dengkil diadakan pada 18/11/2015....majlis dihadiri oleh semua staf UKES di RestorenDe'Chiengmai Thai, Sungai Buloh....3staf dari UKES akan berpindah ke Unit Kesihatan Dengkil pada 26/11/2015.....




ucapan dari Dr Wan dan Dr Masyitah

ucapan dari jannah dan zue




No comments:

Post a Comment